20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Salam Sejahtera Pembaca! Sekarang saya akan membuat entri ketujuh dan saya akan menceritakan tentang PERMAINAN TRADISIONAL.

Permainan Tradisional
1. Batu Serembam
2. Gasing

Batu Seremban

Batu Seremban atau lima batu adalah permainan yang dimainkan oleh gadis-gadis pada awalnya. Ini adalah permainan lebih mudah untuk bermain dibandingkan dengan Congkak kerana hanya memerlukan lima batu atau lima benda bulat untuk bermain.

Anda boleh bermain dengan lima, tujuh atau sembilan objek untuk menentukan jenis permainan yang sedang bermain.Objektif permainan ini adalah untuk membuang salah satu batu satu persatu dan menyapu lain di tingkat secara bersamaan penangkapan yang anda baling tadi.

Permainan ini terus maju dari satu tahap ke satu tahap di mana permainan menjadi semakin rumit. Permainan ini sesuai dimainkan oleh semua peringkat usia serta sesiapa sahaja baik lelaki mahupun perempuan.




























2. Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayi sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebayu, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan