20 Februari 2012

Entri 3

Entri 3:Lirik Lagu 'Cenderawasih'Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan
 
Klip Video 'Cenderawasih'


Entri 2

Entri 2:
-Peserta-Peserta Dikir Barat

1. Tukang Karut & 3. Awok-Awok
2. Tok Juara & 3. Awok-Awok


 -Berapa Orang?

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).



Entri 1

ENTRI 1:

Asal-Usul Dikir Barat
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.
Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan "Barat" ini bermakna Selatan Negeri Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada satu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara tidak langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
Ini Adalah Kumpulan Dikir Barat.

Ini adalah alat dipermainkan untuk dikir barat.

05 Disember 2011

Azam Dan Perancangan mengharungi 2011

Azam saya untuk tahun 2011, ialah untuk memperbaiki mata pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun. Saya merancang untuk mengulangkaji dengan tekun. Tidak kisahlah dengan teman-teman atau bersendirian. Walaupun ia agak sukar untuk belajar bersendirian, saya akan menanyakan kepada teman-teman saya. Bila tiba masanya untuk kami belajar dengan lebih tekun. Apabila peperiksaan telah berakhir, kami akan mendapat keputusan. Adalah rasa gementar, gembira dan takut. Saya gembira dan sikit tidak berpuas hati kerana keputusan saya tidak begitu tinggi yang saya sangkakan. Tetapi saya sudah memperbaiki semua mata pelajaran saya. Saya akan terus belajar dengan lebih tekun untuk tahun hadapan, iaitu tahun 2012.

♥TerimaKasih♥



04 Disember 2011

Pengalaman Pahit Manis Melayari 2010

Pada 4 Januari 2010, saya mulakan kehidupan baru di sekolah menengah Guangyang. Pada mulanya, saya rasa takut dan gelisah kerana saya baru menjejaki sekolah baru. Tetapi lama kelamaan, saya menyelesakan diri saya mengenali bangunan sekolah ini, dan membuat teman yang baru. Yang pasti saya ada teman yang sama sekolah rendah dengan saya. Orang seperti saya berat mulut, tetapi kalau sudah menjadi kawan atau kawan rapat, sayalah yang cakap banyak. Teman saya semuanya baik-baik belaka. Mereka selalu disisi saya kalau saya keseorangan. Lama kelamaan saya sudah selesa dengan bangunan sekolah ini, dan teman-taman saya. Itulah pengalam manis yang saya hadapi pada tahun 2010.

Setiap sekolah kita masuki, tidak kiralah jika Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Junior College ataupun Polyteknik, kita harus memilih satu Aktiviti Ko-Kurikulum. Aktiviti Ko-Kurikulum saya ialah 'Red Cross' kalau ditukarkan kepada bahasa melayu ialah 'Palang Merah'. Pada mulanya ia amat menyeronokan, tetapi lama-kelamaan ia membosankan. Ia membosankan kerana Aktiviti yang dianjurkan tidak menarik perhatian saya. Aktiviti yang selalu dibuat oleh senior kami ia amat membosankan. Mereka berlagak sungguh. Itu cuma biasa saja. Kami harus menjalani satu ujian untuk mendapatkan lencana-lencana tersendiri. Kadangkala, saya rasa nak dan tak nak saja untuk pergi ke aktiviti ini. Tetapi kalau saya tidak pergi pasti markah kedatangan saya akan kekurangan. Itulah pengalam pahit yang saya hadapi pada tahun 2010. 

Setiap tahun pasti kita akan menghadapi pengalaman pahit manis. Tidak kisah jika ia buruk ataupun baik, kita harus tanggung pengalaman kita sendirian dan jangan menyusahkan orang lain.
TerimaKasih




28 Julai 2010

26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS

Berikut merupakan penyampaian powerpoint saya berkenaan Makanan Tradisional Melayu.Makanan tradisional