Pada 4 Januari 2010, saya mulakan kehidupan baru di sekolah menengah Guangyang. Pada mulanya, saya rasa takut dan gelisah kerana saya baru menjejaki sekolah baru. Tetapi lama kelamaan, saya menyelesakan diri saya mengenali bangunan sekolah ini, dan membuat teman yang baru. Yang pasti saya ada teman yang sama sekolah rendah dengan saya. Orang seperti saya berat mulut, tetapi kalau sudah menjadi kawan atau kawan rapat, sayalah yang cakap banyak. Teman saya semuanya baik-baik belaka. Mereka selalu disisi saya kalau saya keseorangan. Lama kelamaan saya sudah selesa dengan bangunan sekolah ini, dan teman-taman saya. Itulah pengalam manis yang saya hadapi pada tahun 2010.
Setiap sekolah kita masuki, tidak kiralah jika Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Junior College ataupun Polyteknik, kita harus memilih satu Aktiviti Ko-Kurikulum. Aktiviti Ko-Kurikulum saya ialah 'Red Cross' kalau ditukarkan kepada bahasa melayu ialah 'Palang Merah'. Pada mulanya ia amat menyeronokan, tetapi lama-kelamaan ia membosankan. Ia membosankan kerana Aktiviti yang dianjurkan tidak menarik perhatian saya. Aktiviti yang selalu dibuat oleh senior kami ia amat membosankan. Mereka berlagak sungguh. Itu cuma biasa saja. Kami harus menjalani satu ujian untuk mendapatkan lencana-lencana tersendiri. Kadangkala, saya rasa nak dan tak nak saja untuk pergi ke aktiviti ini. Tetapi kalau saya tidak pergi pasti markah kedatangan saya akan kekurangan. Itulah pengalam pahit yang saya hadapi pada tahun 2010.
Setiap tahun pasti kita akan menghadapi pengalaman pahit manis. Tidak kisah jika ia buruk ataupun baik, kita harus tanggung pengalaman kita sendirian dan jangan menyusahkan orang lain.
♥TerimaKasih♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan