04 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Pandangan dan Perasaan














Salam Sejahtera! Nama saya Nabilah Binte Mohamed Zakaria dan dari sekolah menengah Guangyang. Baru-baru ini, guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Siti Asnah meminta kami mengisi borang Pertandingan Blogging 2010.

Berita ini amat mengejutkan saya dan rakan-rakan. Tetapi walaupun ia mengejutkan tetapi saya tetap ghairah untuk memulakan secepat mungkin.

Cikgu telah menerangkan bagaimana untuk membuat blog ini. Dengan penerangan dari Cikgu kami faham bagaimana untuk menyelesaikan blog ini. Cikgu memberitahu bahawa ini bukan sekadar pertandingan semata-mata. Guru juga akan menilai blog dan memberikan kami markah yang setimpal dengan entri-entri blogkami. Cikgu juga memberitahu kami bahawa kalah menang itu adat pertandingan. Kemenangan itu satu bonus, yang penting kami dapat menimba ilmu dan mendalami BUDAYA MELAYU itu sendiri. Bukan hadiah yang patut menjadi dorongan tetapi semangat ingin merain kemahiran membuat blog dan ilmu yang sepatutnya membakar semangat kami.




Budaya Melayu


Aku adalah anak Melayu. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Singapura sebagai anak Melayu. Ibubapa ku seorang yang Berbudaya Melayu. Mereka telah mengajar aku agar menjadi Anak Melayu yang berbudi pekerti.




Sekian Terima Kasih...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan